Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa keseluruhan RM3 bilion yang disediakan untuk akses kepada vaksin akan digunakan untuk membeli vaksin daripada syarikat Amerika Syarikat, Pfizer.<br /><br />Katanya, nilai perjanjian dengan Pfizer dan menerusi Covid-19 Vaccine Global Access (Covax) untuk vaksin bagi 70 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam peruntukan RM3 bilion tersebut.<br /><br />Khairy menjawab soalan Dzulkefly Ahmad (PH - Kuala Selangor) yang meminta perincian harga perolehan vaksin berkenaan.