Kelmarin Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan tidak akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri, kecuali untuk beberapa kawasan selepas ia berakhir semalam.<br /><br />Bermula hari ini juga, rentas daerah dan negeri tidak lagi dilarang kecuali bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). <br /><br />Hari ini KiniTV melakukan tinjauan suara di hentian Rehat dan Rawat (R&R) bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai kebenaran ke rentas negeri ini.
