Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh bertanya kepada kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sama ada benar sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) 2020 yang baru dilantik terdiri daripada ahli Srikandi Bersatu.

Katanya beliau mendapat maklumat bahawa YKN melantik sukarelawan yang terdiri daripada ahli Srikandi Bersatu dengan membayar RM1,000 selama tiga bulan.

Untuk rekod, YKN dibawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hannah juga mempersolkan kenapa YKN perlu melantik sukarelawan memandangkan negara sudah menubuhkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan kepada menteri di Dewan Rakyat, hari ini.