Jumlah kes disiasat di bawah Akta Hasutan hampir dua kali ganda pada tahun 2020 berbanding tahun lalu, menurut data yang dikumpul NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).<br /><br />Sementara itu, siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) pula hampir tiga kali ganda.<br /><br />Suaram menyifatkan usaha untuk menangani pelanggaran hak asasi manusia juga telah menurun pada tahun 2020 berikutan ketidakstabilan politik selepas peralihan kerajaan Februari lalu.