Pesuruhjaya PAS Perak dan Adun Semenggol, Razman Zakaria hari ini memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga Adun Pas telah menghadap Sultan Nazrin Shah bagi menzahirkan keputusan yang telah diputuskan oleh Presiden PAS, Umno dan Bersatu.<br /><br />Turut hadir ialah Adun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahaya. <br /><br />Terdahulu, Umno, Bersatu dan PAS bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru di negeri itu.