Beberapa ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan peruntukan berjumlah RM8,627,200 untuk Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang disenaraikan di bawah item program khusus tahun depan.<br /><br />Mereka membawa hujah bahawa lantikan dan peruntukan itu mungkin boleh disalah guna sebagai alat politik.<br /><br />Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bagaimanapun menegaskan aktivis PeKT dilantik selaras dengan Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan sebagai projek perintis di 19 Projek Perumahan Rakyat.