Penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini sedikit panas ketika Hannah Yeoh (PH-Segambut) membangkitkan mengenai pertindihan tugas agensi kerajaan dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom)<br /><br />Menterinya, Saifuddin Abdullah kemudian menempelak Hannah yang merupakan bekas timbalan menteri kerana mempersoalkan kewujudan jabatan itu dan menyifatkan beliau sebagai punca kerajaan PH 'tidak dapat bertahan lama'. <br /><br />Kenyataan itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit mencelahnya dan mengherdiknya kerana kenyataan yang dibuatnya itu.
