Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, lebih dikenali sebagai Dai Syed, dihadapkan dengan pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. <br /><br />Dia juga dihadapkan dengan pertuduhan cabul di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.<br /><br />Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Faiz Dziyauddin.