Tiga Adun PAS Perak memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berikutan kegagalan mereka menghadap baginda pada Selasa lalu.

Pada sidang media di Ipoh hari ini, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, dia dan dua Adun lain mengakui 'kekhilafan' mereka kerana tidak menghadap baginda sepertimana dititahkan.

"Sehubungan dengan itu PAS Perak juga akan mengutuskan surat bagi menzahirkan permohonan keampunan untuk kami," kata Razman pada sidang media ringkas berkenaan.

Razman bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada Adun PAS akan dilantik dalam barisan exco negeri.