Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid mengumumkan menyertai Bersatu hari ini, bersama 300 ahli pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN).<br /><br />"Penyertaan Zakaria akan disusuli dengan penyertaan anggota PKN seluruh Pahang yang dianggarkan seramai 3500 orang dalam tempoh terdekat ini," kata satu kenyataan.<br /><br />Penggerak Komuniti Negara adalah organisasi berkaitan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.