Kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas diketuai Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Azmin Ali untuk meneliti kesemua 49 syor yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan berkata, selepas proses penelitian itu selesai, kerajaan akan bersedia untuk membentangkan kandungan laporan itu kepada orang awam untuk mendapat maklum balas.

Menurut Takiyuddin, jawatankuasa itu antara lain akan melihat kemampuan kerajaan dalam melaksanakan setiap syor mengikut keutamaan.

Terdahulu, Takiyuddin dalam jawapan lisannya mengesahkan bahawa ERC, yang diketuai bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Rashid Abdul Rahman, telah menyerahkan laporan akhir kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 27 Ogos.