Ketiga-tiga ahli-ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan dibenarkan untuk mengundi di persidangan Dewan Rakyat telah diberi kebenaran bertulis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.<br /><br />Perkara itu dijelaskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mahu Azhar menjelaskan kebenaran terbaru itu.