Menyerap semula pekerja kontrak dari pekhidmatan luar ke perkhidmatan awam akan dapat menjimatkan kerajaan sehingga RM500 juta, kata Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang.<br /><br />Bercakap kepada pemberita di parlimen, ahli parlimen DAP itu memetik hasil kajian oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengenai dakwaan pembaziran dana awam kerana amalan mengambil pekerja daripada kontraktor luar. <br /><br />Selain itu ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, kumpulan pekerja tidak formal yang sering dibayar gaji harian tanpa perlindungan sosial akan menjadi antara yang paling teruk terjejas oleh kehilangan pendapatan.