PENDAKWAH muda Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful cukup tenang ketika ditemui selepas dilepaskan dengan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa.

Menerusi pertemuan singkat dengan mStar, Syed Shah Iqmal atau Da'i Syed berkongsi pengalamannya ketika menjalani tahanan reman di lokap.

Malah pengalaman ketika ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang sejak Khamis lalu turut diceritakan secara eksklusif untuk pembaca dan penonton mStar.