Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran telah mengusulkan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan tribunal penyewa-tuan rumah, antara lain untuk membantu menyelesaikan masalah diskriminasi kaum dalam pasaran sewaan.<br /><br />Dalam sidang media melalui aplikasi Zoom pagi ini, beliau turut berkongsi pengalaman peribadinya ditolak untuk melihat hartanah kerana berbangsa India. <br /><br />Rajiv berpendapat tribunal juga akan memberikan kepada pemilik dan penyewa satu mekanisme ganti rugi yang lebih cepat dan berpatutan sekiranya timbul pertikaian.
