Ratusan orang ramai berbaris di pembukaan cawangan 'tepi jalan' pertama Uniqlo yang terletak di Damansara Avenue, Petaling Jaya, Selangor pagi ini.

Namun pagi ini, sebaik sahaja pintu kedai tersebut dibuka, pihak polis telah meminta cawangan Uniqlo tersebut untuk menhentikan operasi untuk beberapa jam bagi operasi sanitasi dan meningkatkan kawalan orang ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, orang ramai mula berkumpul seawal jam 8.30 pagi walaupun pintu hanya dibuka pada pukul 10 pagi.