Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham memaklumkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memerlukan 90 hingga 120 hari untuk melakukan penilaian terhadap vaksin Pfizer berdasarkan dokumen yang disediakan syarikat itu. <br /><br />Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun menerima permohonan untuk pendaftaran vaksin itu pada 15 Disember yang lalu dan 11 orang pakar telah dikenalpasti untuk menilai dokumen yang diserahkan kepada KKM.
