Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk menjadi antara individu pertama menerima vaksin Covid-19 di Malaysia, bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

Menurut Muhyiddin, ini diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Terdahulu beliau mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/769724916945334/