Sharifah Sakinah sudah menjangka akan menjadi perhatian netizen serta pihak media selepas memuat naik gambar bersama kekasih hati, Michael Hansen yang berasal dari Sweden.<br /><br />Ujar Sakinah, 31, dia sudah tahu risiko yang akan dihadapinya apabila memuat naik gambar dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai persoalan yang timbul.