Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini merayu semua pihak untuk tidak mempolitikkan soal vaksin dan beliau bersedia membuat penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai kos perolehan vaksin. <br /><br />Menurut Khairy, tumpuan kerajaan kini adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin yang diperolehi adalah selamat, berkesan dan dibeli dengan harga yang berpatutan. <br /><br />Sumber video: https://www.facebook.com/watch/Khairykj/
