Surprise Me!

Pemuda PAS jumpa penganjur, mahu nama Miss/Mrs Plus ditukar

2020-12-23 30 Dailymotion

Isu nama acara Miss/Mrs Plus Malaysia (MPWM 2020) antara dibangkitkan oleh Pemuda PAS dalam pertemuan dengan penganjur acara ratu cantik untuk wanita berbadan besar itu.

Dalam video disiarkan di Facebook Pemuda Pas, Setiausaha Pemuda Pas Akram Ikrami Taib Azamudden berkata mereka turut mencadangkan penganjur merujuk kepada pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

PAS kelmarin mendesak supaya program pada 2 Januari depan dibatalkan dan menyifatkannya sebagai “program berunsur kemaksiatan”, mempunyai unsur 'hedonisme' dan boleh merosakkan masyarakat.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/556299

Sumber video: https://www.facebook.com/DPPMalaysia/videos/863487467784952

Buy Now on CodeCanyon