Surprise Me!

Lana Nordin buat muka ke? Umur dah 40 tahun tapi maintain cantik je…

2020-12-24 12 Dailymotion

Lana Nordin menafikan dia melakukan ‘sesuatu’ pada wajahnya untuk kekal cantik selain memiliki bentuk badan yang menawan walaupun pada usia 40 tahun.

Menurut Lana atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, dia memiliki bentuk badan yang kurus kerana masih menyusukan anak.

“Saya tak buat muka, jangan suka mengundang! Nak kata ada rahsia untuk maintain kecantikan tu… saya tak ada bersenam sangat.

“Mungkin saya kurus sebab anak masih menyusu badan. Saya juga tiada pembantu di rumah dan semua kerja kena buat sendiri selain dibantu suami,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, Lana berkata dia dan suami, Mohd Daud Mckienzie tidak dapat pulang ke Amerika Syarikat kerana pandemik Covid-19.

“Kita pun dah tak balik US dekat dua tahun yang sepatutnya kena balik sebab suami ada perlawanan tapi disebabkan Covid-19, sana pun bakalkan perlawanan.

“Di sini suami kadang-kadang berlatih bola tampar bersama pasukan negara, tapi kalau PKP tak boleh keluar rumah... suami banyak jaga anak,” katanya.

Buy Now on CodeCanyon