Tajul mengakui penat memikul tanggungjawab sebagai bapa namun gembira apabila melihat puteri sulungnya Adriana Carissa membesar di depan mata.

Ujar Tajul yang baharu saja melancarkan lagu Izinkan Aku, membesarkan anak pertama pada usia 22 tahun adalah pengalaman yang cukup menyeronokkan walaupun mencabar.

“Seronok besarkan anak sebab kita dapat pengalaman yang baru. Sebelum ini selalu tengok abang, kakak serta kawan-kawan yang sudah berkahwin ada anak, tapi apabila kita sendiri yang rasa memang best.

“Anak saya memang aktif sebab dah mula berjalan dan Adriana memang suka menyanyi, apabila dia bangun tidur dia kejut kita dengan nyanyian,” katanya.

Tajul berkahwin dengan isterinya Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017 namun merahsiakan perkahwinan itu selama dua tahun.