Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menunaikan janjinya untuk mencukur rambutnya menjadi botak jika sasarannya untuk mengumpulkan sejumlah wang berjumlah RM200,000 tercapai.<br /><br />Ahli parlimen berusia 28 tahun itu malah melebihi sasarannya dengan mengumpulkan RM383,000 setakat jam 7 malam hari ini.<br /><br />Dana dari kempen '1 Keluarga 1 Laptop' itu akan digunakan untuk menyediakan komputer riba bagi pelajar yang kurang bernasib baik di Muar.