Pihak polis berjaya membongkar kegiatan menyamun kereta yang dibawa masuk dari Singapura selepas tiga anggota polis dan dua lagi individu yang disyaki berkomplot ditahan Isnin lepas dan semalam.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, anggota polis itu dipercayai turut memperoleh habuan sehingga RM1,000 bagi setiap kereta yang disamun.
