Bekas perdana menteri, Najib Razak menyuarakan kebimbangan dan keprihatinannya terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19 di kalangan petugas kesihatan di Malaysia.

Najib turut berdoa agar kes baharu tidak terus meningkat dalam ucapan tahun barunya yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya semalam.

Baru-baru ini Malaysiakini melaporkan mengenai kes jangkitan Covid-19 di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KKM mengesahkan pada 21 Disember lalu bahawa seramai 80 petugas Hospital Sungai Buloh dijangkiti virus itu.

Sumber video: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/891531081589679