Urusan kerajaan dengan syarikat syarikat farmaseutikal dalam mendapatkan vaksin Covid-19 harus dilakukan secara terbuka, kata Dr Mahathir Mohamad.<br /><br />Bekas perdana menteri itu mengatakan, tindakan merahsiakan perjanjian perolehan vaksin itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, terutama apabila melibatkan sejumlah besar dana awam.