Bekas ahli Umno, Lokman Adam, memohon maaf kepada Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad kerana menuduh pemimpin PKR itu menggertak jururawat berhubung kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.<br /><br />Berkongsi perkara itu di Facebook, kata Lokman, setelah mendapat penjelasan daripada Amin, dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menuduh Amin menggertak jururawat berkenaan, Cik Miera - atau nama sebenarnya Siti Syafika Amira Mohd Rasnani.<br /><br />Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/557731