Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disasarkan berikutan sistem kesihatan tertekan akibat kes empat digit setiap hari. <br /><br />Perlaksanaan PKP bersasar merupakan satu daripada enam strategi KKM susulan peningkatan kes selepas kelonggaran merentas daerah dan negeri.<br /><br />Antara strategi lain yang dipertimbangkan adalah untuk meningkatkan semula kawalan sempadan daerah dan negeri seperti yang dilakukan di Sarawak sebelum ini.
