Sudah tertulis ianya rezeki, video latah PS Mansur yang tular pada tahun 2017 membuka peluang untuk jurusolek ini menjana pendapatan baharu sebagai pengacara.

Ujar PS atau nama sebenar Mansur Shaari, walaupun penat perlu melatah di demi kerjaya dia tidak kisah kerana menganggap ianya rezeki.

“Memang penat sangat tapi melatah memang tuntutan kerja, kita satukan terus kerja dengan melatah.

“Sejujurnya seronok bekerja di belakang tabir sebab saya suka buat gila-gila, tapi apabila depan kamera kita kena control,” katanya kepada mStar.

PS Mansur kini terlibat dengan beberapa program TV antaranya Punchline DAC, Opocot Melatah dan beberapa drama komedi.

Dalam pada itu, dia berharap agar peminat lebih sensitif dalam mengusiknya di luar waktu kerja.

“Bagi kami ruang untuk berehat, apabila di set (penggambaran) kami selalu kena kacau. Tapi kalau kat luar, kacau sikit-sikit tu takpe la, tapi jangan selalu kacau sebab memang penat,” katanya.