Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengundur diri dan meletakkan jawatan berikutan kedudukan kerajaan yang 'tidak stabil'.<br /><br />Menurutnya, itu merupakan nasihat terbaik yang dapat diberikannya kerana beliau telah pun meramalkan Presiden Bersatu itu akan menghadapi masalah jika terus meneruskan kerjasama dengan Umno.