Dalam keadaan serba kusut memikirkan apakah peluang pekerjaan yang boleh dilakukan untuk kembali bernafas seperti biasa, perkhidmatan e-hailing dan ekonomi gig dilihat mampu memberikan pendapatan lumayan sekiranya anda bijak meraih peluang tersebut.<br /><br />Antara pekerjaan yang 'laku keras' di kala ini sudah tentunya perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood yang juga diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan.<br /><br />Bukan calang-calang apabila ada di antara rakan penghantar (GrabFood Delivery Rider) mampu menjana pendapatan bersih lebih RM7,000 sebulan!
