Kenyataan beberapa pemimpin Umno yang ingin memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 tidak mengejutkan bekas menteri besar Johor Osman Sapian.<br /><br />Dakwanya, terdapat pemimpin Umno yang tidak jujur ketika bersama Bersatu dalam kerajaan.<br /><br />Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam itu juga mendakwa penyertaan Umno ke dalam kerajaan Perikatan Nasional kerana ada sebilangan pemimpin parti tersebut yang mengharapkan kedudukan dan jawatan.
