Hanya 3 orang dibenarkan berada dalam satu kereta termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. <br /><br />Selain itu, mereka hanya dibenarkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan dalam radius 10km kecuali tiada fasiliti di kawasan tersebut. <br /><br />Sementara itu, pergerakan bantuan kemanusian ke kawasan banjir adalah dibenarkan tetapi memerlukan kebenaran polis.
