Hospital swasta yang tidak memberikan kerjasama, enggan menerima dan merawat pesakit COVID-19, boleh dipenjara serta didenda sehingga RM5 juta.<br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata hospital swasta boleh diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KMM) dalam apa juga cara untuk membantu merawat individu yang dijangkiti COVID-19.<br /><br />Katanya, Ordinan Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan memudahkan tugas kerajaan mengatasi penularan COVID-19 khususnya dalam konteks kesihatan.
