Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba malam tadi mengulangi pendirian kerajaan sebelum ini bahawa vaksin Covid-19 akan diberi secara percuma kepada rakyat Malaysia. <br /><br />Dalam satu wawancara di RTM malam tadi, beliau juga berharap pengumuman ini dapat meyakinkan golongan yang masih belum membuat keputusan untuk menerima vaksin itu supaya negara dapat mencapai imuniti kelompok.
