Pemuda Umno hari ini secara keras membantah cadangan kerajaan untuk menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan termasuk pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).<br /><br />Menurut ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan itu hanya akan menghilangkan keistimewaan yang dimiliki Tabung Haji berbanding institusi kewangan lain.
