Seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) tular apabila gambarnya memegang kertas yang bertulis ‘Sepatutnya hari ini saya nikah 17.1.2021’ mencuri tumpuan warganet.

Malah gambar itu turut dikongsi oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong di FB miliknya, semalam.

Wee turut menzahirkan penghargaan terhadap para petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka.

Bermula 13 Januari hingga 26 Januari, semua aktiviti majlis sosial dan keramaian termasuk majlis perkahwinan, pertunangan serta resepsi tidak dibenarkan di negeri yang terlibat dengan pelaksanaan PKP.