Kerajaan bersetuju memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, ini meliputi
pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah,
pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan
pelancongan.

Di samping itu, rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna
TNB, domestik dan bukan domestik, pada kadar 2 sen setiap kilowatt per
jam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi
tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.