PENYANYI Siti Nordiana memberitahu statusnya sebagai ibu tunggal dan Nubhan yang sudah mempunyai isteri tidak menghalang mereka untuk menjayakan drama pendek serta lagu duet terbaharu berjudul Sekali Lagi.

Ujar Nana, isteri kepada Nubhan iaitu Afifah Tawfek banyak memberi pandangan bagi menjayakan drama pendek ini.

“Setakat ini saya dan Nubhan serta isteri tiada masalah, kami memang kawan rapat dan yang best adalah isteri Nubhan ini sangat supportive.

“Banyak benda saya akan tanya wife Nubhan dahulu contohnya, okay tak kalau buat macam ini dengan Nubhan. Isteri Nubhan adalah pengkritik utama kami,” katanya kepada mStar.

Sementara itu menurut Nubhan, dia bersifat profesional dalam kerjaya dan tidak menjadikan statusnya sebagai suami orang sebagai kekangan.

“Saya profesional dan isteri saya tiada masalah, dia pun support saya. Malah dia pun jadi pelakon extra dalam Sekali Lagi,” katanya.