Bagi pesakit Covid-19 yang tidak bergejala akan diminta oleh KKM untuk dikuarantin di rumah sendiri.<br /><br />Namun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata sekiranya rumah mereka tidak sesuai untuk dikuarantin, maka mereka akan ditempatkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).<br /><br />Katanya lagi, mereka yang menjalani kuarantin di rumah dapat membantu KKM mengatasi masalah kesesakan di MAEPS.