Tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps Serdang mengundang kecaman selepas beberapa rakaman video berkaitan insiden itu tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi lima hingga 10 saat itu dimuat naik pemilik Facebook ‘We Are Malaysians’ dengan mendakwa PKRC itu ibarat mini casino.

Berdasaran rakaman video tersebut, beberapa lelaki dilihat berkumpul selain bermain daun terup.

Tiada wang diletakkan bersama, namun kelihatan paket makanan seperti biskut dan mi segera dijadikan sebagai barang pertaruhan.