Pembangkang akan memfailkan tuntutan di mahkamah bagi mencabar tindakan kerajaan menggantung parlimen, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.<br /><br />“Apa yang kita nak ajukan ke mahkamah, bukan darurat, tetapi keperluan meneruskan dengan mesyuarat parlimen, supaya parlimen boleh terus bersidang.<br /><br />“Jadi yang kita nak ajukan ke mahkamah mungkin esok atau lusa, oleh barisan peguam, atas permintaan saya dan rakan-rakan PH, adalah untuk memastikan mahkamah memutuskan supaya parlimen dapat bersidang terus tanpa menyentuh soal darurat,” katanya dalam sidang media hari ini.