Pemimpin-pemimpin parti dalam kerajaan Perikatan Nasional berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan mendalam mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.<br /><br />Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) petang semalam berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula bulan depan.