Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengatakan beliau tidak setuju dengan penutupan ekonomi sepenuhnya seperti perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.<br /><br />Beliau mengulas laporan berita mengenai pekeliling dalaman Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) yang dibocorkan, bahawa Putrajaya mungkin mengumumkan penutupan penuh ekonomi selepas 4 Februari, seandainya jumlah kes Covid-19 terus meningka
