Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata perincian berhubung laptop percuma yang dijanjikan kerajaan sepatutnya diputuskan tahun lalu.<br /><br />Ini selepas Yayasan Hasanah yang mengendalikan program komputer riba percuma menjelaskan kumpulan pertama gajet itu hanya akan diedarkan bulan depan.<br /><br />Shahril turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan kupon subsidi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk membeli komputer riba.