Pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik kerajaan dalam pelaksanaan projek pembinaan tiga dewan di Parlimen Pagoh bernilai RM35 juta.

Kata bekas menteri belia dan sukan itu, adalah lebih baik sekiranya wang itu dibelanjakan kepada 43,000 individu yang memohon untuk mendapatkan bantuan tablet daripada Ustaz Ebit Lew.

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew mendedahkan beliau berasa sayu hati apabila menerima 43,000 mesej atau 43,000 orang memerlukan tablet bagi keperluan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=738386346816034&ref=watch_permalink