Surprise Me!

Jaa Suzuran nak hantar kad kahwin! Tapi bukan senang-senang… katanya ambil masa sikit

2021-01-27 15 Dailymotion

SELEBRITI Jaa Suzuran meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh tiga tahun lagi walaupun hingga kini masih mencari cinta hatinya.

Ujar Jaa atau nama sebenar Mohammad Faizal Ahmad, 27, dia sedar ramai peminat sering salah faham berikutan sifatnya yang mudah mesra dengan wanita hingga dilabel ‘buaya darat’.

“Untuk nak tamatkan zaman bujang, saya dah plan untuk memantapkan lagi saya punya platform dan sebelum umur 30 memang pasti akan berkahwin.

“Gelaran buaya sangat memberi kesan sebab saya… sebenarnya secara kebetulan saya memang berkawan rapat dengan orang.

“Dulu saya berani lah juga kalau nak usha orang, tapi sekarang dan takut sebab risau orang cakap kita ‘buaya’ padahal saya mesra hanya di media sosial,” katanya.

Sekitar Ogos 2019, Jaa pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Melissa Th’ng namun menafikan dan hanya menganggap hubungan mereka kawan baik.

Sementara itu, Jaa memilih untuk mempunyai pasangan hidup yang memahami kejayaan sebagai pencipta kandungan.

“Saya mencari wanita yang faham kerja kita, tapi ia tidak bermakna kita boleh melampau sebab kita kena fikir perasaan pasangan kita,” katanya kepada mStar.

Buy Now on CodeCanyon