Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memulakan misi selama 10 hari ke pantai timur Sabah pada Khamis bagi membawa bekalan bantuan kepada mereka yang memerlukan di empat daerah.<br /><br />Sebanyak 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 pelitup muka, 200 gajet tablet (untuk pelajar) dibawa dalam misi ini.<br /><br />Dalam hantaran terbarunya di Facebooknya, beliau memberi bantuan ke Gereja St Dominit Katolik Lahad Datu dan beramah mesra dengan paderi.