Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, akan ditutup sementara susulan berlaku penularan wabak Covid-19 di satu daripada jabatan kerajaan negeri yang terletak di wisma berkenaan.<br /><br />Menurut makluman yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kerajaan Kedah, pihak pentadbiran di Pejabat Menteri Besar akan ditutup bermula 31 Jan hingga 2 Feb.<br /><br />Ia dibuat ekoran seorang daripada kakitangan didapati positif Covid-19.